Selamat Datang ke

SMK Panglima Bukit Gantang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tindakan seseorang guru ketika menjalankan tugas sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Hal ini terbukti apabila sesuatu insiden yang melibatkan guru amat dibesar-besarkan dalam media massa, walaupun berita berkenaan belum benar-benar disahkan. Sehubungan itu setiap guru sewajibnya meletakkan dirinya sebagai seorang guru yang professional. Sesungguhnya menjadikan diri sebagai ‘profesion keguruan yang cemerlang’ berasaskan matlamat dan tujuan yang jelas akan menghasilkan kesan-kesan yang positif. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara. Golongan ini akan memainkan peranan dengan cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini merupakan hasrat negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara selari dengan tuntutan PPPM (2013 -2025).

-Pengetua SMKPBG-

SISTEM PENGURUSAN

SISTEM PENDAFTARAN KOKURIKULUM (SPK)

Sistem ini digunakan untuk mendaftar kokurikulum murid-murid mengikut minat masing-masing.

SISTEM TEMPAHAN BILIK KHAS (STBK)

Sistem ini digunakan untuk kegunaan guru-guru atau orang luar yang ingin menggunakan bilik-bilik khas untuk urusan tersendiri.